UNIT 5: ADAB DIJAGA, PERSAHABATAN TERBELA

  


Perlakuan beradab dalam persahabatan:
  • Saling menghormati antara satu sama lain
  • Ikhlas semasa memberikan bantuan
  • Bertoleransi semasa berbual atau menyatakan pendapat
  • Menjaga kelemahan dan keaiban sahabat
  • Memberikan sokongan apabila memerlukan
Kepentingan menjaga adab dalam persahabatan:
  • Mengelakkan salah faham
  • Meningkatkan kerjasama dan tanggungjawab kepada sahabat
  • Mewujudkan kepercayaan antara sahabat
  • Mengeratkan hubungan persahabatan
  • Mengelakkan hati dan perasaan sahabat terguris
Contoh perlakuan yang tidak beradab dalam persahabatan:
  • Mengkhianati sahabat
  • Menghina sahabat
  • Menyebarkan keburukan sahabat
  • Membohongi sahabat
Batasan dalam persahabatan:
  • Tidak boleh mencampuri urusan peribadi sahabat
  • Tidak berprasangka buru terhadap sahabat
  • Menjaga adab pergaulan antara lelaki dan perempuan
  • Tidak menyakiti hati sahabat
  • Tidak menggunakan barang sahabat tanpa keizinannya

My Instagram