UNIT 4: TANGGUNGJAWAB DIRI MEMBENTUK KELUARGA BAHAGIA

  


Tanggungjawab sebagai anggota keluarga:
  • Memastikan keselamatan anggota keluarga terjamin
  • Menjaga kebajikan anggota keluarga
  • Menjaga imej dan nama baik keluarga
  • Menyayangi setiap anggota keluarga
  • Menghormati anggota keluarga yang lebih tua
  • Menjauhi aktiviti negatif
Kesan buruk mengabaikan tanggungjawab sebagai anggota keluarga
  • Menyebabkan perselisihan faham antara ahli keluarga
  • Nama baik keluarga terjejas
  • Masyarakat memandang rendah kepada anggota keluarga
  • Hubungan kekeluargaan menjadi renggang
Cara melaksanakan tanggungjawab diri:
  • Menjaga kebajikan anggota keluarga
    • Menolong ibu bapa di rumah
    • Membantu adik-beradik dalam pelajaran
  • Menghormati anggota keluarga
    • Mendengar nasihat anggota keluarga
    • Menggunakan bahasa yang sopan semasa berkomunikasi
  • Menjaga nama baik keluarga
    • Belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya
    • Mematuhi peraturan sekolah
  • Menyayangi anggota keluarga termasuk yang kurang upaya
    • Membantu anggota keluarga yang kurang upaya
    • Mengurus keperluan anggota keluarga yang kurang upaya
  • Memastikan keselamatan anggota keluarga terjamin
    • Sentiasa memastikan pintu rumah berkunci
    • Memastikan suis peralatan elektrik ditutup jika tidak menggunakannya
Kepentingan melaksanakan tanggunjawab diri kepada keluarga
  • Maruah keluarga terpelihara
  • Anggota keluarga dihormati oleh masyarakat
  • Anggota keluarga saling mempercayai
  • Keluarga bahagia dapat dibentuk

My Instagram