UNIT 3: TANGGUNGJAWAB DIRI TERLAKSANA HIDUP MAKIN BAHAGIA

 



Antara tanggungjawab diri yang harus dilaksanakan ialah tanggungjawab menjaga kesihatan diri, tanggungjawab menjaga kebersihan diri, tanggungjawab menjaga keselamatan diri dan tanggungjawab terhadap masa hadapan sendiri.

Contoh tanggungjawab diri:

- Cara menjaga kesihatan diri

  • Bersenam
  • Tidur dan rehat yang cukup
  • Mengambil makanan yang seimbang

- Cara menjaga kebersihan diri 

  •  Mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari
  • Memakai pakaian yang bersih
  • Menggosok gigi dan berkumur setiap kali selepas makan
  • Memotong kuku

- Cara menjaga keselamatan diri 

  •  Tidak mudah percaya kepada orang yang tidak dikenali
  • Tidak mendedahkan maklumat peribadi di Internet
  • Tidak berjalan berseorangan, terutamanya pada waktu malam
  • Berdiri di jarak yamh selamat semasa menunggu komuter

 - Cara melaksanakan tanggungjawab sebagai pelajar

  •  Memberikan perhatian semasa guru sedang mengajar
  •  Melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum
  • Mematuhi peraturan sekolah
  • Tidak melibatkan diri dengan gejala yang negatif

 

Kepentingan melaksanakan tanggungjawab diri

  • Menjaga kebersihan diri
    • Badan sihat dan cergas
    • Penyakit dapat dielakkan 
  • Menjaga keselamatan diri
    • Diri tidak terdedah kepada bahaya
    • Maruah diri terpelihara
  • Melaksanakan tanggungjawab sebagai pelajar
    • Dapat berdikari
    • Masa hadapan lebih terjamin
Kesan mengabaikan tanggungjawab diri:
  • Masa hadapan terjejas
  • Mudah diserang penyakit
  • Mengakibatkan obesiti
  • Dipandang rendah oleh masyarakat
  • Menjadi mangsa culik
  • Terdedah kepada bahaya

My Instagram