UNIT 6: JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

 


Jiran: Orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita

Manfaat hidup berjiran:
  • Mudah mendapat pertolongan apabila diperlukan
  • Membantu menjaga dan mengawasi tempat tinggal
  • Membantu jiran dalam majlis rumah terbuka atau kenduri
  • Membantu mencegah gejala negatif
Ciri-ciri jiran positif dan negatif:
Positif:
  • Saling menolong dan bekerjasama
  • Menghormati
  • Bertolak ansur
  • Berhemah tinggi
Negatif:
  • Mementingkan diri 
  • Bersangka buruk
  • Mengumpat dan memfirnah
  • Sombong
Cara merapatkan hubungan sesama jiran:
  • Menjemput jiran semasa mengadakan rumah terbuka
  • Bergaul mesra dan bertegur sapa dengan jiran
  • Membantu jiran ketika berada dalam kesusahan
  • Melibatkan diri dalam aktiviti sosial bersama jiran
  • Menziarahi jiran yang sakit

 

My Instagram