UNIT 9: HARGAI ALAM WARISAN KITA

  


Peranan anda dan masyarakat dalam melindungi alam sekitar
  • Tidak membuang sampah merata-rata
  • Menanam semula pokok
  • Bergotong-royong membersihkan alam sekitar
  • Tidak melakukan pembakaran terbuka
  • Mengamalkan konsep 5R - rethink, repair, reuse, reduce, recycle
  • Melaporkan kegiatan yang memusnahkan alam sekitar kepada pihak yang bertanggungjawab
Langkah badan kerajaan dalam melindungi alam sekitar
  • Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) - Melindungi hidupan liar dan habitatnya termasuklah Taman Negara
  • Jabatan Alam Sekitar (JAS) - Mencegah dan mengawal pencemaran alam sekeliling
  • Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) - Memelihara dan memulihara alam sekitar
Sumbangan badan bukan kerajaan dalam melindungi alam sekitar
  • Persatuan Pencinta Alam Malaysia - Mengetengahkan isu yang berkaitan dengan alam sekitar di Malaysia termasuklah konservasi habitat dan pendidikan alam sekitar
  • Sahabat Alam Malaysia - Meningkatkan usaha memelihara dan memulihara semua jenis hutan dan sumber asli dengan penglibatan komuniti
  • World Wild Fund (WWF) - Menyedarkan orang ramai tentang kepentingan penjagaan alam sekitar
Kesan kemusnahan alam sekitar:
  • Habitat haiwan dan tumbuhan musnah
  • Berlaku hakisan tanah dan banjir kilat
  • Kandungan oksigen semakin berkurangan
  • Kandungan karbon dioksida dan suhu bumi semakin meningkat
  • Spesies haiwan dan tumbuhan semakin pupus

My Instagram