UNIT 11: ADAB DI TEMPAT AWAM DIJAGA, NIKMAT HIDUP DIRASAI BERSAMA

  


Tempat awam: Tempat yang ramai orang berkumpul untuk melakukan sesuatu aktiviti atau kegiatan

Contoh tempat awam yang terdapat di Malaysia:

  • Stesen kereta api
  • Pasar awam
  • Hospital
  • Kawasan rekreasi
  • Perpustakaan awam
  • Tempat menunggu bas
Perlakuan beradab di tempat awam

  • Memakai pakaian yang sopan dan sesuai
  • Berkelakuan sopan
  • Membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan
  • Menggunakan kemudahan awam yang disediakan dengan baik
Perlakuan tidak beradab di tempat awam:

  • Merosakkan harta benda awam
  • Membuang sampah merata-rata tempat
  • Tidak menutup paip air selepas digunakan
  • Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan tanpa batasan

Kepentingan beradab di tempat awam:

  • Menjimatkan perbelanjaan dan kos penyelenggaraan
  • Melatih diri mematuhi peraturan yang telah ditetapkan
  • Kemudahan awam selamat dan selesa digunakan
  • Menjaga imej negara
  • Kemudahan awam boleh digunakan dalam jangka masa panjang

My Instagram