UNIT 15: HAK ASASI MANUSIA DILINDUNGI BERSAMA

 


Hak asasi manusia dan kepentingannya:

1. Hak wanita
  • Hak untuk mendapat pendidikan
  • Hak untuk mendapat pekerjaan
  • Hak untuk mendapat peluang kenaikan pangkat
  • Hak untuk mendapat perlindungan
  • Hak untuk bersuara
Kepentingan:
  • Mengelakkan wanita daripada teraniaya dan ditindas
  • Memberikan peluang kepada wanita untuk mengembangkan potensi diri
  • Membantu wanita untuk hidup berdikari
2. Hak Pengguna
  • Hak untuk mendapat keperluan asas
  • Hak untuk mendapat barangan dan perkidmatan yang selamat
  • Hak untuk mendapat maklumat
  • Hak untuk membuat pilihan
  • Hak untuk menyuarakan pandangan
Kepentingan:
  • Melindungi pengguna daripada menjadi mangsa eksploitasi pengeluar
  • Melindungi pengguna daripada bahaya yang boleh mengancam kesihatan dan keselamatan
  • Membolehkan pengguna mendapatkan maklumat yang tepat mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan
3. Hak Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Hak untuk dihormati
  • Hak untuk menikmati kehidupan yang normal
  • Hak untuk menjalani kehidupan tanpa diskriminasi
  • Hak untuk mendapat sokongan yang diperlukan untuk hidup berdikari
  • Hak untuk mendapat peluang yang sama
Kepentingan:
  • Mengelakkan golongan ini dipinggirkan oleh masyarakat 
  • Memberikan motivasi dan membangkitkan semangat mereka
  • Memberikan peluang untuk mereka menunjukkan bakat dan kebolehan
4. Hak Pekerja
  • Hak untuk mendapat perlindungan dan keselamatan
  • Hak untuk berpersatuan
  • Hak untuk mendapat rawatan apabila berlaku kemalangan di tempat kerja
  • Hak untuk mendapat upah dan gaji
  • Hak untuk mendapat cuti
Kepentingan:
  • Membolehkan pekerja mendapat gaji dan kemudahan yang setimpal dengan pekerjaan yang dilakukan
  • Menggalakkan pekerja untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh
  • Memastikan kebajikan pekerjaan terjamin

Langkah badan kerajaan untuk melindungi hak asasi manusia:
  • Hak wanita - Menggubal Akta Perlindungan Wanita dan Gadis (1973) untuk memberikan perlindungan kepada wanita dan gadis yang terlibat dengan kegiatan maksiat, mewujudkan Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat
  • Hak Pengguna - Menggubal Akta Kawalan Harga 1946 (Pindaan 1973) untuk melindungi pengguna, menubuhkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
  • Hak OKU -Menggubal Akta Orang Kurang Upaya 2008 untuk melindungi hak-hak OKU, mewujudkan Jabatan Kebajikan Masyarakat, menyediakan pelbagai kemudahan, peluang pendidikan dan kemahiran kepada OKU
  • Hak Pekerja - Menggubal Akta Kerja 1955 untuk melindungi hak pekerja, mewujudkan Kementerian Sumber Manusia, menetapkan gaji minimum
Sumbangan badan bukan kerajaan untuk melindungi hak asasi manusia:
  • Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) - Membela nasib pekerja dalam isu penyelarasan gaji, pampasan dan pemecatan pekerja tanpa sebab
  • Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) - Berjuang untuk hak wanita, khususnya keganasan rumahtangga
  • Persatuan Orang Pekak Malaysia (MFD) - Menyediakan program pembangunan komuniti dan khidmat kaunseling untuk orang pekak
  • Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) - Berusaha memperjuangkan hak pengguna di Malaysia

 

My Instagram