UNIT 13: KESELAMATAN DI JALAN RAYA TANGGUNGJAWAB BERSAMA

  


Perbezaan antara peraturan dan undang-undang jalan raya:
  • Peraturan jalan raya: Amalan keselamatan yang boleh meningkatkan kesedaran keselamatan pengguna ketika berada di jalan raya
  • Undang-undang jalan raya: Akta yang mewajibkan suatu perlakuan kepada pengguna semasa berada di jalan raya. Pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang akan dikenakan hukuman
Contoh peraturan dan undang-undang jalan raya:
  • Peraturan jalan raya
    • Memandang kiri dan kanan sebelum melintas jalan raya
    • Memakai pakaian yang cerah pada waktu malam
    • Tidak menunggang basikal secara beriringan
    • Mengikut lorong yang ditetapkan dan tidak memotong lorong sesuka hati
    • Melihat cermin sisi dan memberikan isyarat sebelum menukar lorong
    • Mengelakkan daripada mencelah di antara kenderaan sesuka hati
    • Menggunakan jejantas semasa melintas jalan raya
    • Memberikan keutamaan kepada pejalan kaki dan penunggang motosikal
  • Undang-undang jalan raya:
    • Memiliki lesen memandu
    • Mematuhi garis panduan keselamatan semasa memotong kenderaan lain
    • Mematuhi had laju yang telah ditetapkan
    • Meletakkan kenderaan di tempat letak kenderaan yang telah ditetapkan
    • Mematuhi lampu isyarat
    • Memakai tali pinggang keledar semasa menaiki kereta dan memakai topi keledar semasa menunggang motosikal
    • Memaparkan cukai jalan pada kenderaan
    • Tidak memandu di lorong kecemasan
Kepentingan mematuhi peraturan jalan raya:
  • Mengurangkan kesesakan jalan raya
  • Mengurangkan kos membaiki jalan raya yang rosak
  • Meningkatkan imej negara
  • Mengelakkan kemalangan jalan raya
  • Mengelakkan kehilangan nyawa dan harta benda
  • Menjadikan jalan raya selamat digunakan
Pihak yang berperanan meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya:
  • Anda:
    • Melihat kiri dan kanan sebelum melintas jalan raya
    • Menggunakan jejantas apabila melintas jalan raya
    • Memakai topi keledar dan memakai pakaian yang cerah sewaktu membonceng motosikal
  • Peranan ibu bapa:
    • Menjadi contoh pemandu yang baik di jalan raya
    • Mendorong anak-anak mengikuti kempen keselamatan jalan raya
    • Mendidik anak-anak tentang peraturan dan undang-undang jalan raya
  • Peranan pihak sekolah
    • Mengadakan ceramah tentang keselamatan jalan raya kepada pelajar
    • Mengajarkan peraturan keselamatan jalan raya kepada pelajar
    • Menubuhkan Kelab Keselamatan Jalan Raya
  • Peranan Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ):
    • Menguatkuasakan dan mentadbir undang-undang
    • Mengadakan kempen kesedaran keselamatan jalan raya
    • Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk memberikan pendidikan tentang keselamatan jalan raya dalam kurikulum di sekolah
  • Peranan Polis Trafik:
    • Mengawal lalu lintas
    • Meningkatkan rondaan di semua jalan raya
    • Mengeluarkan saman kepada pengguna yang melanggar undang-undang jalan raya

My Instagram