Untuk keterangan mengenai 18 nilai moral, sila klik pada setiap nilai di bawah.
👉KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Definisi:
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala ajaran berlandaskan pegangan agama atau kepercayaan masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.
👉BERTANGGUNGJAWAB
Definisi:
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna
👉BERDIKARI
Definisi:
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.
👉HARGA DIRI
Definisi:
Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan.
👉KERAJINAN
Definisi:
Usaha yang berterusan bersungguh-sungguh dan berdedikasi dalam melakukan sesuatu.
👉BERTERIMA KASIH
Definisi:
Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan
👉PATRIOTISME
Definisi:
Bangga dan taat setia kepada raja dan negara
👉KEBEBASAN
Definisi:
Bebas melakukan sesuatu tertakluk kepada peraturan dan undang-undang
👉KEBERANIAN
Definisi:
Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah
👉KEJUJURAN
Definisi:
Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan
👉RASIONAL
Definisi:
Boleh berfikir berdasarkan alasan atau bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan yang wajar
👉BAIK HATI
Definisi:
Kepekaan terhadap keperluan dan kebajikan diri dan orang lain dengan memberi bantuan serta sokongan moral secara ikhlas
👉HEMAH TINGGI
Definisi:
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian
👉HORMAT
Definisi:
Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi sosial
👉KASIH SAYANG
Definisi:
Kepekaan dan perasaan cinta yang lahir daripada hati yang ikhlas
👉KERJASAMA
Definisi:
Melakukan sesuatu bersama-sama untuk kebaikan semua
👉KESEDERHANAAN
Definisi:
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain
👉TOLERANSI
Definisi:
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup
